Dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah saw bersabda, Pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah kepada manusia. Pelajarilah faraidh dan ajarkanlah kepada manusia. Kerana aku adalah orang yang akan mati, sedangkan ilmu pun bakal diangkat. Hampir saja dua orang berselisih tentang pembahagian warisan dan tidak menemukan seseorang yang memberitahu kepada keduanya. HR Ahmad.
Dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah saw bersabda, Ilmu itu ada tiga, selainnya adalah tambahan, iaitu ilmu tentang Al-Qur'an, sunnah yang berasal dari Nabi dan ilmu faraidh.; HR Abu Daud dan ibnu Majah.
Dari Abu hurairah bahawa Nabi saw bersabda, Pelajarilah ilmu faraidh dan ajarkanlah kepada manusia kerana ilmu faraidh merupakan separuh dari ilmu dan akan cepat dilupakan. Faraidh-lah ilmu yang pertama kali dicabut dari umatku.; HR Ibnu Majah dan Daraquthni.
Dari Jabir bahawa isteri Sa'd ibnu Rabi' mengadap Rasulullah SAW dengan membawa kedua anak perempuannya dari Sa'd lalu berkata, "Wahai Rasulullah kedua anak perempuan ini adalah anak Sa'd ibnu Rabi'. Ayah keduanya terbunuh sebagai syahid waktu berperang bersamamu di Uhud. Dan pakcik keduanya telah mengambil harta mereka sehingga tidak ada harta lagi bagi keduanya padahal keduanya itu tidak dapat menikah kecuali dengan harta". Maka baginda bersabda, "Allah akan memutuskan pekara ini". Lalu turunlah ayat tentang hukum warisan. Maka Rasulullah SAW pun mengirim utusan kepada pakcik dari keduanya agar dia mengadap baginda, lalu baginda bersabda, "Berikan kepada kedua anak perempuan Sa'd ini dua pertiga dan kepada ibu keduanya satu perlapan dan sisanya untuk mu". ( HR lima orang ahli hadis kecuali an Nasa'i)