Rabu, 15 April 2009

Surah An-Nisa' : 11



بِــسْـمِ اللهِ الـرَّ حْــمــنِ الــرَّحِــــمِ


يُــو صِـيْـكُـمُ اللهُ فِــى أَوْلاَ دِ كُـمْ لِــلذَّ كَــرِ مِــثْــلُ حَــظِّ اْلأُ ُ نْثَيـَيْــنِ


(يُــوْصِـيْـكُـمُ اللهُ فِـى أَوْلاَ دِ كُــمْ)" Allah mensyariatkan bagimu mengenai (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu". Iaitu Allah yang memberi perintah, yang membuat syariat dan yang membuat penentuan. Dialah yang membahagi harta pusaka di antara manusia sebagaimana Dia yang membuat syariat dan membuat ketentuan dalam semua urusan dan membahagi rezeki secara keseluruhan. Dari sisi Allahlah datangnya semua peraturan, syariat dan undang-undang. Hanya dari Allah sahaja manusia menerima urusan paling khusus dalam kehidupannya, iaitu pembahagian harta pusaka mereka di antara anak-anak dan keturunannya, dan inilah merupakan agamaMaka, tidak ada agama bagi orang yang tidak mahu menerima peraturan dari Allah untuk semua urusan kehidupannya.   (لِـلذَّ كَـرِ مِـثْـلُ حَـظِّ اْلأُ نْثَـيَـيْـنِ) "Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai dua orang anak perempuan".  Yakni apabila si mati itu tidak mempunyai ahli waris, kecuali anak-anaknya sahaja, maka merekalah yang mendapat semua harta peninggalannya.


فَــإِنْ كُـنَّ نِـسَـآ ءً فَـوْقَ اثْـنَـتَـيْـنِ فَـلَـهُـنَّ ثُــلــُـثَ مَــا تَـرَكَ

وَإِنْ كــَانَـتْ وَا حِـــدَةً فَــلَـهَــا اْلـنِّـصْــفُ


(فَــإِ نْ كُـنَّ نِـسَــآ ءً فَــوْقَ اثْــنَــتَــيْــنِ فَــلَــهُــنَّ ثُــلُــثَ مَــا تَــرَكَ) "Dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati". Iaitu jika si mati itu tidak mempunyai anak lelaki dan mempunyai dua orang anak perempuan atau lebih dari dua, maka mereka mendapat dua pertiga bahagian dari harta peninggalan itu. 


(وَ إِنْ كَـانَــتْ وَا حِـــدةً فَـــلَــــهَـا اْلــنِّــصْــفُ)" Jika anak perempuan itu seorang sahaja maka bahagiannya separuh dari harta itu". Iaitu apabila si mati mempunyai seorang anak perempuan sahaja, maka anak ini mendapat separuh dari harta peninggalannya


وَلِأَ بَــوَيْــهِ لِــكُــلِّ وَا حِـــدٍ مِّــنْــهُــمَــا اْلـسُّــدُ سُ مِــمَّــا تَــرَكَ إِنْ كـَـانَ لَــهُ وَلَــدٌ

فَـإِنْ لَّـمْ يَـكُــن لَّــهُ وَلَــدٌ وَوَ رِثَــهُ  أَبَـوَا هُ فَـلِأُ مِّــهِ اْ لــثُــلُــثُ

فَــإِنْ كــَانَ لَهُ إِخْــوَةٌ فَــلِأُ مِّــهِ الــسُّــدُسُ


(وَلِأَ بَـوَ يْـهِ لِــكُــلِّ وَا حِــدٍ مِّــنْــهُــــمَـا اْلــسُّـدُ سُ مِــمَّـا تَــرَكَ إِنْ كَــانَ لَــهُ وَ لَــدٌ) "Dan untuk ibubapa si mati, bahagian masing-masingnya adalah satu perenam dari harta yang ditinggalkan jika si mati mempunyai anak".



(فَــإِنْ لـَّمْ يَـكُــنْ لـَّهُ وَلَــدٌ وَوَرِ ثَــهُ أَبَــوَاهُ فَــلِأُ مِّــهِ اْلــثُّــلــُثُ) "Jika si mati tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibubapanya maka ibunya  mendapat satu pertiga".


(فَــإِنْ كــَانَ لَــهُ إِخْــوَةٌ فَــلِأُ مِّــهِ اْلــسُّــدُ سُ) "Jika si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik beradik) maka ibunya memperolehi satu perenam (dari pembahagian tersebut)".


مِــنْ بَــعْــدِ وَصِــيَّــةٍ يُــو صِـِى بِــهَــآ أَوْ دَيْـنِ ءَا بَــآ ؤُكـُمْ وَأَ بْـنَـآ ؤُكـُمْ لاَ تَـدْرُونَ أَيُّـهُـمْ أَقْــرَبُ لَــكُــمْ نَـفْـعًـا

فَــرِيْــضَــةً مِّــنَ اللهِ إِنَّ اللهَ كـَانَ عَـــلِــيْــمًــا حَــكِـيْــمًـا

(مِــنِ بَــعْــدِ وَ صِــيَّــةٍ يُــوصِــى بِــهَــا أَوْ دَيْــنِ) "Pembahagian pembahagian tersebut setelah selesainya wasiat yang dibuat oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya". Ulama salaf dan khalaf telah bersepakat bahawa membayar hutang harus didahulukan daripada memenuhi wasiat. Mendahulukan pembayaran hutang itu amat jelas difahami hukumnya, kerana ia berhubung dengan hak orang lain. Oleh itu, harus membayar hutang si mati dengan menggunakan harta peninggalannya. 

(ءَابَــآ ؤُكـُمْ وَأَ بْــنَـاؤُ كُــمْ لاَتَـدْ رُونَ أَيُّــهُــمْ أَقْــرَبُ لَــكُــمْ نَــفْــعًــا)" Tentang ibubapa dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepadamu". 

(فَــرِ يْــضَــةً مِّــنَ اللهِ) "Ini adalah ketetapan dari Allah". Yakni Allah yang menetapkan faraid dan pembahagian harta pusaka. Dialah yang membuat syariat dan tidak boleh bagi manusia untuk membuat syariat bagi dirinya sendiri dan tidak boleh juga membuat hukum mengikut keinginan dan hawa nafsunya.

(إِنَّ اللهَ كـَانَ عَــلِــيْــمًـا حَــكِــيْــمًــا) "Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana". Allah yang mengetahui apa yang baik bagi hambaNya dan bijaksana dalam menetapkan hukum-hukum untuk hambaNya.


13 ulasan:

Amalina berkata...

salam ukhuwah..
i lov dis blog~
=)

SuFy berkata...

salam..bagus sekali..ada hujah dn bukti..syg blog ni..da follow k..

Tanpa Nama berkata...

salam..:}
insyaallah sama2 kita
taat padaNya

Tanpa Nama berkata...

salam
teruskan menulis

ima shhs berkata...

salam singgah....

salam perkenalan...salam ukhuwah...!!

alif-mikail berkata...

Salam ukhwah... semoga terus berkekalan dalam nasihat dan menasihati

dcrysz berkata...

suka saya membacanya....
akan selalu ziarah disini....
Insyaallah...

dcrysz berkata...

saya suka N3 nih....penuh dgn peringatan kepada kita yg pelupa...

Norlaila berkata...

salam perkenalan...
bagus blog nie, boleh meningkatkan keimanan. Alhamdulillah, Amin...

Norlaila berkata...

salam...
bagus blog nie, bleh meningkatkan keimanan. Alhamdulillah, Amin...

nadnye berkata...

salam ukhuwah...
peringatan kepada ku.. hamba Allah..

mohd-ariff berkata...

thakns folow blog sye...
bnyk ctr mnrik dlm blog awk...
trus kan...

BeeBee berkata...

Salam,
Sejuk hati bila dapat jumpa dan baca blog cam gini.