Sabtu, 2 Mei 2009

Surah An-Nisa' : 12



بِــسْــمِ اللهِ الــرَّ حْمــنِ الــرَّحِــيْـــمِ


وَلـَكُــمْ نِـصْـفُ مَـا تَـرَكَ أَزْ وَا جُـكُـمْ  اِنْ لـَّمْ يَـكُـنْ لـَّهُـنَّ وَلَدٌ

فَـإِنْ كَـانَ لـَـهُـنَّ وَلـَـدٌ فَـلـَـكُـمُ الـرُّبُـعُ مِـمَّـا تَـرَكـْـنَ مِـنْ بَـعْـدِ وَصِـيَّـةٍ يُّـوْ صِـيْـنَ بِـهَـا اَوْدَيْنِ



 وَلـَكـُمْ نِـصْـفُ مَـا تَـرَكَ أَزْ وَاجُـكـُمْ اِنْ لـَّمْ يَـكـُنْ لـَّهُـنَّ وَلَـدٌ "Bagimu (suami) satu perdua dari harta yang di-tinggalkan isteri-isterimu jika mereka tidak mempunyai anak; Suami mendapat separuh dari harta peninggalan isterinya jika isteri yang meninggal itu tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan darinya maupun dari bekas suaminya dahulu". 


فَـإِ نْ كـَانَ لـَهُـنَّ وَلـَدٌ فَـلـَكُـمُ الـرُّ بُـعُ مِـمـَّا تَـرَكـْنَ مِـنْ بَـعْـدِ وَصِـيَّــةٍ يــُّـوصِــيْنَ بِـهَـا أَوْ دَيْـنِ   "Jika isterimu mempunyai anak, maka kamu mendapat satu perempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang dibuatnya atau sesudah dibayar hutangnya; Adapun jika isteri mempunyai anak lelaki atau perempuan, seorang atau lebih maka suami mendapat satu perempat dari harta yang ditinggalkan isterinya itu. Harta peninggalan itu dibahagikan setelah dibayar hutangnya kemudian wasiatnya".


وَلـَهُـنَّ الـرُّ بُـعُ مِــمَّـا تَـرَكْـتُـمْ إِنْ لـَّمْ يَــكُــنْ وَلـَـدٌ

فَــإِنْ كـَـانَ لـَكـُمْ وَلـَـدٌ فَـلـَـهُـنَّ اْلـثُّـمُـنُ مِـمَّـا تَـرَكـْـتُـمْ

مِّـنْ بَـعْـدِ وَصِـيَّـةٍ تُوصُـونَ بِـهَـآ أَوْ دَيْنٍ


 وَلـَهُـنَّ الـرُّ بُـعُ مِــمَّـا تَـرَكْـتُـمْ إِنْ لـَّمْ يَــكُــنْ وَلـَـدٌ "Dan bagi para isteri memperolehi satu perempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak"  فَــإِنْ كـَـانَ لـَكـُمْ وَلـَـدٌ فَـلـَـهُـنَّ اْلـثُّـمُـنُ مِـمَّـا تَـرَكـْـتُـمْ  "Jika kamu mempunyai anak maka para isteri memperolehi satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan" مِّـنْ بَـعْـدِ وَصِـيَّـةٍ تُوصُـونَ بِـهَـآ أَوْ دَيْنٍ  "Iaitu sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat dan sesudah dibayar hutang-hutangmu"

Isteri mendapat satu perempat dari harta peninggalan suami jika si suami meninggal dunia dan tidak mempunyai anak. Tetapi jika suami mempunyai anak lelaki atau perempuan, seorang atau lebih, anak dari isteri yang ada sekarang ataupun dari isteri yang lain, atau mempunyai cucu dari anak lelaki kandung, maka bahagian isteri menjadi kurang dari satu perempat menjadi satu perlapan. 

Dua, tiga, atau empat orang isteri, adalah sama seperti seorang isteri. Semuanya bersekutu (berkongsi) dalam bahagian yang satu perempat atau satu perlapan itu.

Dalam hal ini pun pembayaran hutang didahulukan, kemudian wasiat dilaksanakan, setelah itu barulah membuat pembahagian harta peninggalannya kepada para ahli waris.


وَإِنْ كـَانَ رَجُـلٌ يـُـورَثُ كـَـلاَ لـَـةً أَ وِ اْمْــرَ أَةٌ وَ لـَهُ  أَخٌ   أَوْ أُخْــتٌ فَـلـِكـُـلِّ وَاحِــدٍ مِّـنْـهُــمَـا الـسُّــدُ سُ

فَـإِنْ كـَانُـواْ أَكـْـثَـرَمِـنْ ذَالِـكَ فَـهُـمْ شُـرَ كـَآءُ فِــى اْلـثُّـلــُـثِ

مِـنْ بَـعْـدِ وَ صِــيَّـةٍ يُــوصَــى بِـهَــآ أَوْ دَيْـنِ  غَـيْـرَ مُــضَــآرٍّ

وَ صِـيَّـةً مَّـنَ اللهِ وَ اللهُ عَــلـِـيْـمٌ حَـلِـيْـمٌ


وَإِنْ كـَانَ رَجُـلٌ يـُـورَثُ كـَـلاَ لـَـةً أَ وِ اْمْــرَ أَةٌ وَ لـَهُ  أَخٌ   أَوْ أُخْــتٌ فَـلـِكـُـلِّ وَاحِــدٍ مِّـنْـهُــمَـا الـسُّــدُ سُ  "Jika seseorang mati, samada lelaki ataupun perempuan, yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu sahaja) atau seorang saudara perempuan (seibu), maka masing-masing dari kedua jenis saudara ini, satu perenam harta".



وَإِنْ كـَانَ رَجُـلٌ يـُـورَثُ كـَـلاَ لـَـةً  "Jika seorang lelaki mewariskan ' kalalah '.

Abu Bakar pernah ditanya tentang ' kalalah '. Lalu beliau menjawab, "Saya akan menjawab masalah ini dengan pendapat saya. Apabila benar, maka yang demikian itu adalah dari Allah. Dan jika salah, itu dari diri saya dan syaitan. Allah dan RasulNya terlepas dari kesalahan itu. ' Kalalah ' ialah orang yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai orang tua". Ketika Umar diangkat menjadi Khalifah, beliau berkata, "Sesungguhnya aku malu untuk menyelisihi Abu Bakar dalam pendapatnya. 'Al-Kalalah ' adalah orang yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai orang tua". Begitu juga pendapat yang dikemukakan Ali dan Ibnu Mas'ud. Telah sahih  pendapat ini, bukan hanya dari seorang ulama sahaja, di antaranya Ibnu Abbas, Zaid bin Tsabit. Pendapat ini juga  dikemukakan oleh tujuh orang Fuqaha', empat Imam Mazhab serta jumhur ulama Salaf dan Khalaf keseluruhannya. Bukan hanya satu ulama yang menceritakan telah terjadinya ijma' dalam masalah tersebut, di samping itu adapula hadis Marfu' yang menjelaskannya.


فَـإِنْ كـَانُـواْ أَكـْـثَـرَمِـنْ ذَالِـكَ فَـهُـمْ شُـرَ كـَآءُ فِــى اْلـثُّـلــُـثِ  "Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang maka mereka bersekutu dalam yang satu pertiga harta".

Berapa ramaipun mereka samada lelaki atau perempuan. Mereka bersama-sama mewarisi satu pertiga dengan membahagi sama rata, inilah pendapat yang terpakai, meskipun ada yang berpendapat bahawa mereka secara bersama-sama mewarisi satu pertiga harta, iaitu lelaki mendapat dua kali bahagian perempuan. Akan tetapi pendapat pertamalah yang lebih jelas, kerana sesuai dengan prinsip yang ditetapkan oleh ayat itu sendiri, iaitu menyamakan saudara lelaki dengan saudara perempuan.

Saudara-saudara seibu itu berbeza dengan ahli-ahli waris lainnya dari tiga segi. Pertama, mereka, baik lelaki maupun perempuan sama bahagiannya dalam pembahagian warisan. Kedua, mereka tidak mewarisi kecuali si mati dalam keadaan ' kalalah ' (tidak mempunyai orang tua dan anak). Maka mereka tidak mewarisi bersama apabila ada ayah, datuk, anak atau cucu dari anak lelaki. Dan ketiga, bahagian mereka tidak lebih dari satu pertiga walaupun jumlah mereka ramai lelaki dan perempuan.


 مِـنْ بَـعْـدِ وَ صِــيَّـةٍ يُــوصَــى بِـهَــآ أَوْ دَيْـنِ  غَـيْـرَ مُــضَــآرٍّ  "Sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya (jenazah) atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris)".

Sesungguhnya hendaklah wasiatnya itu atas dasar keadilan, bukan atas dasar kemudharatan, ketidakadilan dan menyimpang dengan cara tidak memberikan hak-hak kepada sebahagian ahli waris, menguranginya atau menambahkannya sepertimana yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.


وَ صِـيَّـةً مَّـنَ اللهِ وَ اللهُ عَــلـِـيْـمٌ حَـلِـيـمٌ  "Allah menetapkan yang demikian itu sebagai syariat yang benar-benar dari Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun". 

Maka ketentuan bahagian-bahagian ini adalah syariat yang benar-benar dari Allah dan tempat kembalinya adalah kepadaNya, bukan bersumber dari hawa nafsu dan tidak mengikuti hawa nafsu malah bersumber dari wahyu Allah. Oleh kerana itu wajib dipatuhi kerana ia bersumber dari satu-satunya sumber yang memiliki kuasa membuat syariat. Ia juga wajib diterima kerana bersumber dari satu-satunya sumber yang memiliki ilmu pengetahuan yang benar. 


3 ulasan:

fazlisa rohali berkata...

gud post..
keep writing yah....
=)
thx 4 dropping...

Naishim berkata...

teruskan perjuangan...

mama idzareef berkata...

salam ziarah..salam kenal..